Toyota Australia lancar Hilux facelift, teknologi hibrid ringan 48V, rupa dikemas kini

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun lepas, pasaran Eropah telah pun menerima kehadiran Hilux yang dilengkapi dengan nadi diesel hibrid ringkas 48 voltan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm sebagai bantuan untuk nadi diesel 2.8 liter berkuasa 201 hp dan 500 Nm itu.
 

hilux


Teknologi yang sama turut diberikan pada trak pikap Hilux pasaran Australia menerusi kehadiran model facelift terbaharu untuk tahun 2024.

Menurut Toyota Australia, teknologi 48 voltan itu adalah standard untuk varian 4x4 Rogue dan kabin berkembar SR5, sementara varian kabin berkembar 4x4 SR pula ditawarkan sebagai satu opsyen.

Dengan adanya trenkuasa tersebut, ia dikatakan menyumbang kepada penjimatan bahan api 6 hingga 10 peratus bergantung kepada varian, selain menjadikan operasi enjin yang lebih lancar.

Semua varian Mild Hybrid itu turut dilengkapi dengan ciri Multi-Terrain Select yang menawarkan sehingga enam mod pemanduan.
 

hilux


Selain daripada teknologi hibrid ringan, Toyota turut mengemaskini rupa paras Hilux facelift ini dengan rekaan jeriji baharu tanpa kemasan krom, kemasan corak sarang lebah, bukaan liang bawah berbentuk trapezoid, serta perumah lampu kabus yang lebih garang.

Bergantung kepada varian, Hilux facelift ini turut mendapat ciri seperti peredam untuk pintu tailgate, penderia parkir depan dan belakang, kawalan iklim dua zon automatik, pengecas peranti pintar tanpa wayar diikuti slot pengecasan USB-C untuk tempat duduk belakang.

Toyota Hilux 2024 facelift ini akan mula mendarat di pusat pameran Toyota di seluruh Australia pada Mac ini, dengan harga jualan untuk versi hibrid ringan bermula dari AU$54,130 hingga AU$71,530 (RM167,288 - RM221,063).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut naib presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley memberitahu CarSales…
Berita Global
Biarpun sudah berusia 38 tahun, namun ia masih lagi mendapat permintaan yang tinggi, terutama di…
Berita Global
Sebanyak 600 unit sahaja yang akan dihasilkan, di mana 320 daripadanya merupakan trak pikap kabin…