Harley-Davidson Pan America 1250 2021 akan dilancarkan Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperlihatkan secara rasmi pada EICMA Milan tahun lalu, motosikal kembara Harley-Davidson Pan America 1250 2021 dijadualkan previu pada 19 Januari 2021 sebelum pelancaran di peringkat global pada 22 Februari 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pan America merupakan cubaan peretama Harley-Davidson untuk menceburi segmen ADV.

Ia dikuasakan oleh enjin v-twin sejukan cecair Revolution Max bersesaran 1,250 cc yang mampu menghasilkan 145 PS dan 122 Nm daya kilas maksimum.

 


Untuk mengurangkan kadar gegaran, pihak Harley-Davidson menggunakan komponen aci pengimbang yang mampu mengekalkan tahap gegaran pada kadar minimum.

Tidak banyak informasi yang didedahkan, namun berdasarkan gambar yang dibekalkan, Pan America 1250 2021 ini dilengkapi dengan skrin paparan TFT berwarna penuh, lampu LED penuh depan dan belakang, dan kehadiran windscreen yang tinggi.

 


Boleh dijangkakan motosikal ADV ini akan dilengkapi dengan mod tunggangan yang tersendiri, sambungan kepada peranti pintar, serta kelengkapan bantuan elektronik yang biasanya ada pada motosikal genre ini.

Harley-Davidson turut bekerjasama dengan Brembo untuk membangunkan sistem brek Monobloc empat omboh baharu, serta Michelin untuk tayar khusus pada model Pan America ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…