Harley-Davidson henti produksi LiveWire sementara waktu

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keadaan di mana Harley-Davidson sedikit 'merana' kerana penjualan LiveWire tidak sampai kepada golongan sasaran, kini LiveWire terpaksa menghadapi satu lagi cabaran.

Syarikat tersebut kini mengesahkan bahawa produksi LiveWire terpaksa dihentikan buat sementara waktu di mana berlakunya masalah kawalan kualiti yang menjejaskan mekanisme pengecasan motosikal elektrik tersebut. 

Proses penghantaran Harley-Davidson LiveWire yang sepatutnya disasarkan bermula Ogos lalu, namun kini ia telah ditangguhkan ke satu tempoh yang tidak diketahui. 

Difahamkan, sebilangan kecil unit LiveWire sudah pun mendarat di beberapa pengedar Harley pada September lalu, namun sehingga kini tiada sebarang angka jualan rasmi didedahkan. 


 


Sementara siasatan sedang dijalankan, Harley-Davidson meminta para pemilik LiveWire supaya menggunakan fasiliti pengecasan pantas DC untuk mengecas motosikal dan mengelakkan daripada menggunakan unit pengecasan yang dipasang di rumah. 

Sehingga kini tiada sebarang notis kempen panggil semula diisukan oleh Harley-Davidson. 

Sumber: RideApart

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Memetik laporan daripada Reuters, lebih 40 daripada 150 buah pengedar di Amerika Syarikat…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa yang…
Berita Domestik
LEGO Harley-Davidson Fat Boy ini dibangunkan dengan kerjasama Harley-Davidson membawakan perincian…