Harga Suzuki Katana diumumkan di UK, tidak sampai RM62 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Motosikal era 80an dan 90an nampaknya menjadi trend para pengeluar untuk dihasilkan kembali dalam bentuk moden.

Dalam masa industri motosikal bergerak maju ke hadapan, reka bentuk klasik tetap mendapat tempat di hati pengguna.

Contoh motosikal klasik yang berjaya menggegarkan hati peminat ialah Suzuki Katana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki Katana

 

Motosikal yang diperkenalkan pada tahun 1981 ini sebenarnya pernah diberi bayangan melalui model konsep Stratosphere pada tahun 2005.

Motosikal ini kemudiannya menghampiri realiti apabila Katana 3.0 concept diperkenalkan di EICMA 2017.

Katana 3.0 concept direka oleh pereka motosikal terkenal Rodolfo Frascoli dan dibina oleh Engines Engineering dan melalui maklum balas dan impak yang diterima, Suzuki memutuskan untuk mengeluarkan Katana.

Walaupun hadir dengan bayangan kuat model klasik, Katana baharu menggunakan teknologi moden dari rangka sehingga kepada enjin.

 

Suzuki Katana

 

Rangka yang digunakan adalah jenis ringan dan ia sebenarnya daripada siri GSX-S1000. Enjin pula berasal daripada model GSX-R1000 K5 yang diperbaharui dan ditala semula untuk tunggangan di jalanan.

Katana baharu mempunyai kuasa 150 ps pada 10,000 rpm dan daya kilas puncak 108 Nm pada 9,500 rpm.

Katana turut dilengkapi tiga mod sistem kawalan cengkaman dan fungsi bantuan rpm rendah. 

Ciri-ciri lain ialah slipper clutch, brek Brembo dengan ABS, lampu LED, fork USD KYB dan tayar Dunlop Roadsport 2 120/70 R17 di depan dan 190/50 R17 di belakang.

 

Suzuki Katana

 

Setelah berpuluh tahun tanpa model gantian, Katana sekarang ini semakin hampir ke rumah-rumah peminat.

Harga Suzuki Katana baharu di United Kingdom ialah £11,399 (RM 61,444) dan tambahan £999 (RM 5,385) membolehkan pembeli menerima pek aksesori Samurai.

Aksesori tersebut terdiri daripada fly screen, pelana hitam dan merah, mud guard dan penutup enjin dengan kemasan gentian karbon, pad pelindung tangki, pita/pelekat roda dan pelekat pada fairing dan sisi pelana.

Satu lagi perkara menarik ialah, Katana asal berwarna perak dan untuk model baharu Suzuki memberikan satu tambahan warna iaitu hitam.

Harga yang ditawarkan di UK nampak berpatutan, tinggal lagi adakah Katana akan dibawa masuk ke pasaran tempatan dan jika benar, bila?

 

Suzuki Katana

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 GBP = RM 5.390

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…