Harga siling RON95 kini RM2.08 per liter

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa harga siling bagi petrol RON95 akan dikurangkan sebanyak 12 sen.

Katanya, mesyuarat kabinet hari ini bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter.

"Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan pada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini, harga runcit petrol RON95 berada pada RM2.08 seliter manakala RON97 berada pada RM2.38 seliter dan diesel pula pada RM2.18.

Harga siling diesel kekal sama pada RM2.18 seliter. Tidak ada harga maksimum ditetapkan untuk RON97.

Lim berkata mekanisme itu bertujuan untuk melindungi kepentingan golongan B40 iaitu Bawah 40.

Beliau berkata bahawa harga minyak akan terus dikaji setiap minggu sehingga sistem subsidi bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini - MALAYSIAKINI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…