Halang tugas polis ketika PKP, lelaki ini didenda RM5,000, penjara 10 bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman sebanyak 10 bulan penjara dan denda RM5,000 kerana menghalang tugas polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

S. Punniamurthy, 33 tahun didapati bersalah kerana menghalang tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U) Juna Yusoff bertempat di Taman Orkid, Sungai Siput pada 10 malam, 20 Mac.

Menurut fakta kes, Juna memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan meminta tertuduh untuk mengeluarkan MyKad selepas mendapati lelaki tersebut mabuk ditepi jalan.

Walaubagaimanapun, Punniamurthy enggan bekerjasama dan menolak Juna, memaksa beberapa anggota polis untuk menahan dan membawa lelaki tersebut ke balai polis.

Hukuman dijatihkan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwaraya Jean Siow Chung Hwei meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam Nurul Hanis Mohd Zaini daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon kelonggaran kerana terpaksa menjaga ibunya selain mempunyai pendapatan bulanan RM1,500.

Nurul Hanis menambah, tertuduh sudah pun insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…