Hadiah iPad dan iPhone untuk video Merdeka anda!

oleh Mohamad Hanif|
Anda seorang yang kreatif? Selalu menonton video di Facebook atau Instagram?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedar tak sekarang ni, ramai yang gemar menghasilkan video pendek dan seringkali kita lihat video-video kreatif dan menarik tersebut datang dari semua peringkat umur, dan bukan dari kalangan pengarah atau YouTuber tegar.

Kali ini, syarikat konsesi lebuhraya PROLINTAS ingin melihat video kreatif anda!

 


Dalam peraduan Aspirasi Merdeka Malaysiaku sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, PROLINTAS menjemput orang ramai, untuk memuat-naik video berdurasi maksimum 60 saat dengan mesej berkisarkan aspirasi kemerdekaan masing-masing.

Video harus dimuat-naik ke akaun peribadi Instagram atau Facebook masing-masing dan pastikan akaun telah ditetapkan pada mod awam (public mode). Masukkan hashtag #MerdekaDenganPROLINTAS di dalam kapsyen anda.

Hadiah-hadiah utama ialah iPad Mini (1 unit), iPhone SE (1 unit) dan wang tunai untuk 10 pemenang hadiah saguhati bernilai RM200 setiap seorang.

Peraduan ini dibuka sehingga 12 tengah malam 16 September ini. Jom raikan sambutan Hari Kemerdekaan secara kreatif dengan menghasilkan video dan kongsikan di media sosial anda. #MerdekaDenganPROLINTAS #AspirasiMerdekaPROLINTAS #MalaysiaPrihatin #Merdeka63

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…