GR Heritage Parts diperluaskan untuk pemilik AE86 Sprinter Trueno & Levin!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing baru-baru ini mengumumkan mereka akan mula menghasilkan semula alat ganti bagi model ikonik Toyota Corolla Levin/Sprinter Trueno (AE86) bermula 1 November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah projek GR Heritage Parts, Toyota mula menghasilkan alat ganti bagi model-model klasik yang telah dihentikan pengeluarannya seperti Toyota Supra (A70 & A80), Toyota 2000GT serta Toyota Land Cruiser.
 

GR


Meskipun Toyota AE86 (lebih mesra digelar sebagai Hachiroku) telah pun lama dihentikan pengeluaran sejak lebih 30 tahun lalu, model ini kekal menjadi ikon yang sangat popular bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.

Antara alat ganti yang bakal dihasilkan semula termasuklah angkup brek belakang dan lengan steering knucle yang boleh didapati bermula 1 November ini.

Sementara aci pemacu gandar belakang pula boleh didapati bermula 2 Disember 2021.

Menurut Toyota, alat ganti di bawah program GR Heritage Parts ini akan dihasilkan dalam tempoh jangka masa terhad, sementara stok masih ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-70 Land Cruiser, Toyota menerusi program GR Heritage Parts…
Berita Global
Terbaharu, Toyota mengumumkan penambahan senarai alat ganti tulen yang bakal dihasilkan untuk kedua…
Berita Global
Projek ini dimulakan pada pada tahun lalu dimulakan dengan model Supra di mana para pemilik Supra…