GR Heritage Parts bakal menambah alat ganti untuk Land Cruiser BJ40

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun bergerak seiring dengan peredaran masa, Toyota juga tidak mahu warisan bersejarah mereka terbiar tanpa sebarang usaha pemuliharaan untuk ditatapkan kepada generasi terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-70 Land Cruiser, Toyota menerusi program GR Heritage Parts Project kini memulakan inisiatif untuk memproduksikan semula alat ganti untuk SUV Land Cruiser 40 Series (BJ40).

Menariknya, Toyota memulakan inisiatif ini dengan mengendalikan laman soal selidik khusus bersama para pemilik asal BJ40 dari seluruh dunia untuk mengenal pasti komponen alat ganti yang perlu diproduksikan semula.

Tidak mengejutkan apabila pemintaan yang tinggi datangnya daripada komponen enjin, aspek pemanduan, serta sistem ekzos di mana Toyota bakal menawarkan alat ganti ini bermula tahun depan.

Ini sudah pasti merupakan satu berita gembira buat para pemilik model BJ40.

 

LC70


Selain daripada itu, Toyota juga diberitakan masih lagi memproduksikan Land Cruiser 70 Series untuk sesetengah pasaran disebabkan permintaan yang masih kuat, walaupun Land Cruiser generasi baharu 300 Series sudah pun dilancarkan baru-baru ini.

Sebelum ini, inisiatif GR Heritage Parts Project sudah pun dimulakan untuk model-model klasik seperti Supra A70, Supra A80 serta Toyota 2000GT.

Baca: Toyota 2000GT (GR Heritage Parts Project)

Baca: Toyota Supra A70, A80 GR (Heritage Parts Project)

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…