Toyota tambah alat ganti tulen untuk Supra A70, A80 di bawah program GR Heritage Parts Project

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lalu, Toyota telah memperkenalkan sebuah program baharu yang dinamakan sebagai GR Heritage Parts Project kepada para pemilik Supra A70 dan Supra A80 sebelum diperluaskan kepada model Toyota 2000GT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Toyota mengumumkan penambahan senarai alat ganti tulen yang bakal dihasilkan untuk kedua-dua model Supra A70 dan A80.

Lebih menarik lagi, penawaran alat ganti tulen tersebut kini diperluaskan bukan sahaja di pasaran Jepun, malah pasaran lain seperti Amerika Utara, Eropah, serta pasaran yang tidak disebutkan.

 


Ini bermakna, anda boleh mendapatkan alat ganti tulen Supra secara rasmi daripada pengedar-pengedar Toyota yang berhampiran untuk projek restorasi Supra anda.

Namun berita kurang baiknya, kesemua alat ganti ini akan dihasilkan dalam unit yang terhad, jadi siapa cepat dia yang dapat.

Bermula 1 Julai 2021, Toyota mula menawarkan komponen seperti silinder utama klac, silinder pelepas klac, hos brek, hos pemanas, serta tombol pemutar kawalan pendingin hawa untuk Supra A70, diikuti dengan penderia oksiden untuk model Supra A80.

Sementara bulan Ogos pula, Toyota bakal menawarkan emblem hadapan enamel untuk A70, diikuti dengan pelindung bampar hadapan untuk model A80.

 


Selain daripada itu, Toyota akan menghasilkan semula komponen seperti perlindungan sisi, emblem belakang Supra, kemasan pintu hadapan, serta bushing untuk lengan bawah suspensi hadapan untuk generasi A70 bermula bulan Ogos ini.

Sudah pasti, inisiatif yang diperkenalkan oleh Toyota sedikit sebanyak mampu memberikan senyuman kepada para pemilik Supra, memandangkan mereka kini tidak perlu risau akan masalah alat ganti tulen untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah projek GR Heritage Parts, Toyota mula menghasilkan alat ganti bagi model-model klasik yang…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-70 Land Cruiser, Toyota menerusi program GR Heritage Parts…
Berita Global
Projek ini dimulakan pada pada tahun lalu dimulakan dengan model Supra di mana para pemilik Supra…