Goodyear Malaysia umum Alex Ng sebagai Pengarah Urusan baharu berkuatkuasa Q4 2019

oleh Mohamad Hanif|
Goodyear Malaysia semalam (1 Ogos) mengumumkan pelantikan Alex Ng sebagai Pengarah Urusan Goodyear Malaysia bagi menggantikan peranan Ben Hoge yang telah memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia semenjak tahun 2016 itu berhijrah  ke Goodyear Eropah dan bakal mengetuai unit Operasi Jualan dan Akaun Utama Antarabangsa di ibu pejabat Goodyear EMEA di Brussels, Belgium berkuatkuasa 1 Ogos 2019.

Alex Ng menyertai pasukan Goodyear pada tahun 2008 sebagai Pengurus Besar (Singapura) sebelum menjadi Pengurus Besar Perniagaan Aviasi di Bangkok, Thailand pada 2009. 

Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan besar termasuklah Pengarah Peralatan Original (OE) Asia Pasifik dan Pengarah Pasaran untuk Pasaran Eksport, Singapura, Vietnam, Taiwan, Hongkong dan Filipina. 

Alex Ng dijangka akan mengambil alih jawatan baharunya bermula suku keempat tahun ini dan pada masa ini ia bakal disandang oleh Andy Cooper selaku Pengarah Urusan Goodyear ASEAN. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…