Gojek dan Selex Motors bekerjasama untuk kembangkan perkhidmatan p-hailing di Vietnam

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat ride-hailing Indonesia, Gojek dilapor akan bekerjasama dengan syarikat Vietnam, Selex Motors untuk meluaskan rangkaian perkhidmatannya di Vietnam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selex Motors merupakan syarikat pembuat bateri dan motosikal elektrik yang telah digunakan oleh rangkaian beberapa syarikat besar seperti Grab dan Lazada.

Menurut Gojek, melalui kerjasama itu para penunggang Gojek yang menggunakan motosikal elektrik Selex, iaitu Selex Camel akan menerima pengecas rumah, dan akses percuma kepada stesen penukaran bateri.

Menurut syarikat Vietnam itu, Selex Camel bakal membantu para penunggang Gojek untuk menjimatkan perbelanjaan minyak dan penyelenggaraan sebanyak 35 dan 50 peratus.

 

2

 

Melalui akses percuma, penunggang juga boleh memanfaatkan 30 stesen di sekitar Hanoi dan 40 stesen di Ho Chi Minh City untuk penukaran bateri secara percuma.

Selain Selex Motors, Gojek juga telah bekerjasama dengan dari satu lagi syarikat Vietnam, iaitu Dat Bike dan melabur dalam Electrum di Indonesia, yang berupaya menghasilkan sehingga satu juta motosikal elektrik setahun.

Pengurus besar Gojek Vietnam, Sumit Rathor berkata, ”Perkongsian itu akan membantu Gojek Vietnam untuk terus memainkan peranannya dalam menyokong komitmen GoTo Group bagi mencapai pelepasan sifar dan peralihan armada kami kepada 100% EV menjelang 2030.”

GoTo merupakan firma teknologi tersenarai di Indonesia yang dibentuk oleh penggabungan Gojek dengan Tokopedia, iaitu syarikat gergasi e-dagang tempatan .

 

Sumber: Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…
Berita Global
Nikkei Asia memetik dua sumber yang rapat dengan isu tersebut menambah, Grab juga mahukan beberapa…