Gabung dengan Gojek, Grab mahu pengasasnya jadi CEO seumur hidup

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat yang berpengkalan di Singapura, Grab mahukan pengasasnya Anthony Tan untuk menjadi 'CEO seumur hidup' untuk entiti gabungan bersama Gojek, syarikat e-hailing dari Indonesia baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nikkei Asia memetik dua sumber yang rapat dengan isu tersebut menambah, Grab juga mahukan beberapa klausa sebagai syarat persetujuan penggabungan, termasuklah memberikan Tan kuasa pengundian yang cukup besar di dalam syarikat, kuasa veto mengatasi keputusan dewan, serta mempunyai pengaruh terhadap pampasannya sendiri.

Menurut satu sumber yang berbeza, terdapat syarat lain yang dibincangkan termasuklah individu yang perlu dilantik sekiranya CEO seumur hidup (Tan) meninggal dunia.

Permintaan tersebut sekiranya diluluskan akan memberikan Tan kekuatan yang besar ke atas entiti baharu itu, dan ia menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur di mana keadaan tersebut mampu menjejaskan penyenaraian awam disebabkan masalah pemerintahan.

Nikkei Asia juga difahamkan Grab juga sedang mengorak langkah untuk menjelaskan kepada pelabur berkenaan permintaan yang disalahertikan ketika proses rundingan dan memastikan entiti baharu itu akan mengikut regulasi yang ditetapkan oleh IPO.

Sekiranya kedua-dua syarikat tersebut bersetuju untuk bergabung, isu anti persaingan akan tetap menghantui entiti baharu tersebut terutama di Indonesia di mana kedua-duanya merupakan syarikat yang dominan dalam perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran.

Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang diperoleh Nikkei Asia menjelaskan, "kerajaan mahukan persaingan yang sihat antara kedua-dua syarikat diteruskan untuk mewujudkan keseimbangan pasaran.

"Sekiranya sebuah syarikat dominan baharu diwujudkan, ia mampu menjejaskan pengguna.

Sumber: Nikkei Asia