Gojek bakal bina motosikal elektrik di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Gojek, syarikat P-Hailing Indonesia akan mula memberikan fokus terhadap pembinaan motosikal elektrik pula selepas menandatangani persefahaman dengan TBS Energi Utama Khamis lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan membabitkan proses mempakej bateri, pembinaan infrastruktur boleh silih bateri (battery swapping) serta yang paling penting, skim pembiayaan untuk memiliki sebuah motosikal EV.

Beberapa minggu lalu, Gojek telah mengumumkan akan memulakan program rintis EV di Jakarta dengan menggunakan skuter elektrik Gogoro dari Taiwan. Program rintis yang bakal bermula beberapa bulan lagi  akan dimulakan dengan 250 unit skuter Gogoro dengan empat stesen boleh silih bateri.

Perancangan masa hadapan ialah menambahkan jumlah skuter itu kepada 5,000 unit dengan penambahan stesen bateri.

April lalu, Gojek mengumumkan ia akan mencapai penghasilan karbon sifar menjelang 2030, dan ia akan menukarkan dua juta kenderaan 4-roda dan 2-rodanya kepada kenderaan elektrik.

 

*Gambar utama dari  AFP / BAY ISMOYO

Berita Berkenaan

Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Global
Selex Motors merupakan syarikat pembuat bateri dan motosikal elektrik yang telah digunakan oleh…
Berita Global
Nikkei Asia memetik dua sumber yang rapat dengan isu tersebut menambah, Grab juga mahukan beberapa…