Go-Jek dilaporkan berminat untuk beroperasi di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: SoyaCincau

Go-Jek, sebuah lagi aplikasi seru-pandu yang berasal dari Indonesia dijangka akan memperluaskan lagi penawaran perkhidmatan tersebut untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. 

Menurut laporan daripada MalayMail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan pertemuan dua hala antara beliau dan Go-Jek yang menunjukkan rasa minat untuk beroperasi di Malaysia. 

Go-Jek merupakan perkhidmatan seru-pandu berasaskan motosikal di mana para pengguna boleh mendapatkan khidmat menumpang motosikal untuk ke satu-satu tempat.

Selain daripada itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan tempahan makanan - sama seperti apa yang dibuat oleh GrabFood dan perkhidmatan membeli belah barangan runcit. 
 


Walaupun Go-Jek sudah lama ditubuhkan sejak tahun 2012, hanya tahun lalu sahaja perkhidmatan ini meluaskan pengaruh mereka ke luar Indonesia, seperti di Thailand, Vietnam dan Singapura.

Menurut laman web rasmi Go-Jek, aplikasi ini sudah pun merangkumi 50 bandar besar di seluruh rantau Asia Tenggara. 

Setakat ini, kerajaan Malaysia masih belum menetapkan peraturan khusus buat aplikasi seru-pandu berasaskan motosikal, walaupun peraturan yang serupa untuk kereta akan berkuatkuasa bermula Julai kelak. 

Sumber: The MalayMail menerusi Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 2,000 unit Nissan LEAF akan dibekalkan kepada Uber dengan spesifikasi pek bateri 40 kWh…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun seperti yang diumumkan, keputusan tersebut akan dimuktamadkan setelah kajian…