Perkhidmatan Teksi Motosikal - MIROS jemput rakyat Malaysia sertai kaji selidik

oleh Mohamad Hanif|
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 2019 telah bersetuju supaya perkhidmatan ride-hailing berasaskan motosikal dibenarkan untuk melaksanakan Proof Of Concept (POC) di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaubagaimanapun seperti yang diumumkan, keputusan tersebut akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek-aspek penting lain dikaji terlebih dahulu.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menjalankan kajian bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini yang meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.

Sehubungan dengan itu, suatu kajian yang bertajuk Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal akan dijalankan oleh MIROS bermula pada 29 Ogos 2019 hingga 7 September 2019 secara atas talian di pautan di bawah:

Kajian Teksi Motosikal

 


Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah kepada penunggang motosikal dan orang awam. 

Oleh yang demikian, orang awam adalah dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan tentang pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 2,000 unit Nissan LEAF akan dibekalkan kepada Uber dengan spesifikasi pek bateri 40 kWh…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…
Berita Domestik
Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengamalkan…