Subsidi Nissan LEAF baharu untuk pemandu Uber di UK!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menggalakkan lagi perkhidmatan perkongsian kenderaan dan aplikasi seru-pandu yang lebih mesra alam, Uber telah menandatangani perjanjian bersama Nissan untuk memudahkan pemandu mendapatkan sebuah Nissan LEAF baharu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Kira-kira 2,000 unit Nissan LEAF akan dibekalkan kepada Uber dengan spesifikasi pek bateri 40 kWh dan jarak operasi sejauh 270 kilometer untuk setiap pengecasan penuh. 

Strategi ini merupakan sebahagian daripada program 'Clean Air Plan' bagi memastikan kadar pencemaran udara di pusat bandar Britain berjaya dikurangkan dengan penggunaan EV menjelang tahun 2025.

Ia dimulakan dengan inisiatif mengenakan caj tambahan $0.20 (RM0.80) untuk setiap batu perjalanan dan caj tersebut akan disalurkan bagi membantu pemandu Uber mendapatkan sebuah EV.
 


Sehingga kini, Uber berjaya mengumpul kira-kira £80 juta (RM425 juta) untuk tahun pertama dan angka tersebut dijangka meningkat kepada lebih £200 juta (RM1 billion) untuk lima tahun akan datang.

Jumlah perjalanan yang dikendalikan oleh EV juga meningkat 350 peratus kepada 900,000 perjalanan untuk tahun pertama.

Sebagai info, harga sebuah Nissan LEAF di UK bermula dari £26,345 (RM139,979) termasuklah subsidi kerajaan sebanyak £3,500 (RM18,597).

Baca: Pandu Uji Nissan LEAF

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen…
Berita Domestik
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dengan mekanisme bantuan bersasar yang…
Berita Domestik
Ujarnya, ketetapan bantuan bernilai RM200 itu dibuat selepas mengetahui data dari segi penggunaan…