GM sarankan pemilik Bolt parkir kereta di luar rumah

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kes kebakaran yang melibatkan model Chevrolet Bolt (2017-2019), General Motors menyarankan para pemilik yang terjejas supaya meletakkan kenderaan di luar rumah sejurus selepas pengecasan, atau tidak meninggalkan EV yang dicas tanpa sebarang pengawasan.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Saranan tersebut dibuat selepas kempen panggil semula yang dibuat pada November 2020 bagi membaiki isu yang menyebabkan kebakaran pada sesetengah model.

Malangnya, insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini melibatkan model Chevrolet Bolt yang sudah pun mendapat pembaikan daripada kempen recall yang terdahulu.

Menurut GM, mereka masih menyiasat punca sebenar kejadian kebakaran tersebut.

GM juga turut menyarankan para pemilik yang masih lagi belum menyahut seruan recall untuk berbuat demikian meskipun dibelenggu dengan masalah terbaharu ini.

Kempen panggil semula yang diadakan sebelum ini bertujuan untuk memperbaiki kecacatan yang dikesan ketika proses pemasangan pada sesetengah modul bateri, di mana punca haba atau litar pintas di dalam sel bateri dikatakan mampu menyebabkan kebakaran.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa…
Berita Domestik
Antara model  yang terlibat termasuklah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015…
Berita Global
Dengan menggunakan pengalaman selama 25 tahun daripada kenderaan Tahoe PPV yang diperkenalkan sejak…