Chevrolet Corvette E-Ray 2024 - Enjin V8 dipadankan dengan motor elektrik, hasilkan 665 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bagi penggemar sejati kereta sports dengan enjin pembakaran dalaman tulen, ini mungkin bukan berita baik untuk anda, Chevrolet Corvette E-Ray 2024 telah debut dan ia merupakan kali pertama kereta sports ikonik itu didatangkan dengan model hybrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama seperti Corvette Stingray yang dipadankan dengan motor elektrik menghasilkan 665 HP dan 470 Nm.

 

2

 

Chevy mengatakan bahawa E-Ray mampu memecut dari 0 - 96 kmj dalam masa 2.5 saat sahaja, buatkan model tersebut sebagai Corvette terpantas pernah dihasilkan.

Antara perbezaan besar pada E-Ray berbanding Corvette biasa tentulah pada motor elektriknya, ia diletakkan pada gandar hadapan dan memberikan kuasa tambahan sebanyak 160 HP dan 165 Nm, dimana ia dikuasakan oleh bateri litium ion 1.9 kWj.

 

3

 

Dengan tambahan motor elektrik itu, ia membenarkan E-Ray berfungsi dengan ciri Stealth Mode, dimana Corvette tersebut boleh dipandu tanpa menggunakan enjin V8 nya pada kelajuan 72 kmj.

E-Ray turut didatangkan dengan bateri litium ion 12 V yang berfungsi memberikan kuasa pada sistem henti-mula untuk enjin Corvette tersebut.

 

4

 

Antara ciri istimewa lain ditawarkan pada E-Ray ialah sistem suspensi dengan fungsi Magnetic Ride Control 4.0 yang didatangkan standard.

Ia juga didatangkan dengan brek seramik karbon Brembo, bersama roda bersaiz 20 dan 21 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport all-season.

 

5

 

Dari segi rekaan luaran, walaupun kelihatan sama, E-Ray direka dengan beberapa perubahan seperti lebar bertambah sebanyak 3.6 inci berbanding Stingray biasa, bumper belakang juga telah direka dengan lubang udara baharu.

Setakat ini Chevrolet masih belum mengeluarkan tarikh rasmi penjualan E-Ray, namun ianya mungkin akan mula dipasarkan pada suku kedua 2023.

 

6

 

Untuk pasaran US, harga bagi model Corvette E-Ray bermula dari USD104,295 (RM449,355) untuk varian coupe 1LZ dan USD111,295 (RM479,515) untuk varian convertible 1LZ.

 

Sumber: motor1.com

 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…
Berita Domestik
  "Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa…