Chevrolet Aveo 2024 muncul di Mexico - dalam versi hatchback sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Chevrolet Aveo merupakan model hatchback aras mula yang pernah dipasarkan di beberapa buah negara, termasuk di Malaysia (di bawah nama Chevrolet Sonic).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi kedua telah ditamatkan sepenuhnya pada tahun 2020 melihatkan kepada angka jualan yang semakin merudum.

Namun di pasaran Mexico, ia masih lagi dijual sebagai sebuah sedan empat pintu (rebadge daripada Chevrolet Sail pasaran China) sehinggalah ia digantikan dengan model generasi baharu (model tahun 2024).
 

Aveo


Tidak seperti model terdahulu, Chevrolet Aveo 2024 hanya ditawarkan dalam versi hatchback sahaja dengan rupa paras yang lebih moden, muka depan dan belakang yang lebih garang, serta ciri keselamatan standard yang lebih menyeluruh.

Butiran spesifikasi masih lagi belum didedahkan, namun menurut Chevrolet, model Aveo 2024 ini dilengkapi dengan enam beg udara serta sistem peringatan tali pinggang keledar untuk penumpang depan dan belakang.
 

Aveo


Penawaran trenkuasa Aveo juga masih lagi dirahsiakan.

Sebagai makluman, model Aveo terdahulu yang dijual di Mexico pada ketika ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter menghasilkan 107 hp dan 141 Nm dipadankan dengan pilihan transmisi manual atau automatik empat kelajuan.