GM dapat kontrak RM2.12 billion hasilkan ventilator

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak bernilai $489.4 juta (RM2.12 billion) kepada syarikat General Motors untuk menghasilkan ventilator bagi membantu pesakit COVID-19.

Kontrak yang diperoleh di bawah Akta Pengeluaran Pertahanan yang diumumkan oleh Department of Health and Human Service Amerika Syarikat itu menyaksikan GM bakal membina ventilator menggunakan asas daripada ventilator berbilang fungsi VOCSN dari Ventec Life System. 

Kedua-dua GM dan Ventec mengumumkan mereka bakal menghasilkan unit ventilator tersebut tanpa sebarang keuntungan, di mana ia akan dijual pada harga yang lebih murah, iaitu $16,313 per unit (RM70 ribu) berbanding harga asal $18,000 (RM78,076) per unit. 

Kontrak tersebut turut merangkumi kos penghasilan ventilator, termasuklah kos bahan mentah, kejuruteraan, perkakasan, bekalan bantuan serta kos operasi untuk GM menyediakan barisan produksi yang akan bermula minggu hadapan. 

Sumber: Autoblog

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Reuters, model pertama yang akan menggunapakai sistem infohibur serba baharu itu…
Berita Global
Namun untuk tahun ini, beliau nampaknya terpaksa menahan diri seketika memandangkan GM telah…
Berita Global
Sejak daripada itu, jenama Saab kian berkubur dan satu demi satu pusat pengedarnya terpaksa ditutup…