GM arah henti jual Chevrolet Blazer EV 2024, masalah berkaitan pengecasan, skrin infotainmen

oleh Mohamad Hanif|
Baru beberapa minggu Chevrolet Blazer EV mula dijual, General Motors kini mengarahkan penjualannya dihentikan buat sementara waktu.

Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model kenderaan elektrik tersebut, menurut laporan daripada Automotive News.
 

EV


Antaranya ialah isu berkaitan dengan skrin sentuh infohibur, diikuti dengan masalah pengecasan di sesetengah stesen pengecasan pantas DC.

Masalah yang diutarakan itu bukan sahaja melibatkan pengguna, malah ia juga turut membelenggu beberapa laman web automotif yang sedang memandu uji model tersebut.
 

EV


Laman membeli belah kereta Edmunds mendakwa Blazer EV yang dibeli oleh kakitangannya dua bulan yang lepas juga mengalami situasi yang serupa. 

"Kesimpulan yang kami peroleh daripada pengedar adalah membimbangkan: senarai kerosakan major yang paling panjang pernah kami lihat di Edmunds untuk sebuah kereta baharu."

Antaranya ialah suis tingkap berkuasa yang gagal berfungsi, skrin infohibur yang tersekat sewaktu proses shutdown, serta kegagalan pelbagai fungsi pemanduan.

Sementara itu, laman InsideEVs melaporkan wartawan mereka berdepan dengan situasi kesukaran untuk mengecas Chevrolet Blazer EV, mengakibatkan kereta elektrik tersebut tersadai di salah sebuah stesen Electrify America di luar Virginia.

Sumber: Automotive News, InsideEVs, Edmunds

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem Eyes-Off Driving: Masa Depan Tanpa Pemandu Dalam pengumuman rasmi di New York, GM…
Berita Global
Reka Bentuk Dua Komponen Kebanyakan rim kenderaan pengeluaran kini dihasilkan sepenuhnya daripada…
Berita Global
GM, mengesahkan pemberhentian pekerja yang pada mulanya dilaporkan oleh CNBC, berkata dalam satu…