Recall - Toyota, GM gesa pemilik henti pandu kereta dengan isu beg udara Takata

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota dan General Motors telah mengeluarkan amaran kepada pemilik model tertentu antara tahun 2003-2005 untuk berhenti memandu kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata di US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000 model Toyota dan 11,000 model GM.

Antara model Toyota yang terlibat termasuklah Corolla 2003-2004, Corolla Matrix 2003-2004, dan RAV4 2004-2005.

 

3

 

Manakala GM telah memanggil semula model Pontiac Vibe 2003-2004 yang merupakan versi rebadge Corolla Matrix, di mana ia dihasilkan di kilang yang sama.

Kenyataan Toyota baru-baru ini mendedahkan model yang terlibat dalam panggilan semula itu dilengkapi dengan inflator beg udara Takata yang rosak yang boleh mengakibatkan kecederaan serius.

Seperti yang diketahui tentang isu beg udara Takata, serpihan logam dari letupan inflator berpotensi terbang ke arah pemandu atau penumpang.

 

3

 

Model RAV4 mempunyai beg udara yang rosak di bahagian pemandu manakala Corolla dan Corolla Matrix mempunyainya di bahagian penumpang.

Sehingga kini, hampir semua syarikat dengan model kereta yang dilengkapi beg udara Takata telah berusaha untuk mengatasi isu keselamatan tersebut.

Seperti kebanyakan syarikat, Toyota dan GM menggesa pemilik supaya tidak memandu kenderaan mereka sehingga isu itu dapat dibaiki di pengedar terdekat masing-masing secara percuma.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…