GivistaCares bantu golongan terjejas akibat PKP

oleh Mohamad Hanif|
Pada hari ke-58 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, GIVI Malaysia menerusi insiatif GivistaCares menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumbangan ini ditujukan kepada keluarga yang miskin, ibu tunggal, golongan yang kurang bernasib baik serta anak-anak yatim.

 


GivistaCares turut mendapat sokongan daripada MOTOWAZI dan BudakAni bagi menghulurkan sumbangan berbentuk beras, tepung, minyak masak, telur, dan juga biskut kepada 17 buah keluarga yang kurang bernasib baik di Bukit Changgang, Selangor.

#GIVISTACARES merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh GIVI Malaysia sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti dan masyarakat, terutama ketika wabak COVID-19 melanda.

 


Pada masa yang sama, inisiatif ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya bersyukur dengan apa yang kita ada serta menyemai dan memupuk niat ikhlas dalam membantu orang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Top box aluminium ini mempunyai kapasiti 45 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet flip-up,…
Aksesori Motosikal
Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu…
Aksesori Motosikal
Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama…