Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu menampung beban sehingga 5 kg dan mampu memuatkan dua buah helmet jenis full-face.
Ia turut didatangkan dengan reflector "smoke" pada bahagian luar, dan dilengkapi dengan sistem kunci Monolock System.

Bagi mengekalkan ketahanan untuk kegunaan tunggangan harian, boks E450N2 itu dihasilkan menggunakan bahan Technopolymer tahan lasak untuk penggunaan jangka masa yang lama.
Harga bagi boks E450N2 edisi Rahmah itu ditawarkan pada RM198 sahaja, dan boleh didapati di wakil sah GIVI atau GIVI Point berdekatan anda.
Jualan boks E450N2 edisi Rahmah itu akan berlangsung sementara stok masih ada, kunjungi laman web GIVI Malaysia untuk perincian lebih lanjut.