Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama seperti Givi Monolock B32 Bold.

Memfokuskan untuk penggunaan motosikal 500 cc ke bawah, ianya memiliki kapasiti 32 liter yang boleh memuatkan satu helmet modular dan sesuai untuk kegunaan harian.
Boks edisi terhad itu menampilkan rona warna emas istimewa dan nombor siri pada bahagian atas lubang kunci, dimana hanya 10,000 unit terhad yang dihasilkan.

Setiap pembelian GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition didatangkan dengan satu tapak boks, 2 kunci, sehelai T-shirt eksklusif (bergantung pada stok) dan 2 pelekat edisi terhad, dengan harga dijual bermula dari RM300.
Sempena pencapaian jualan 2 juta unit boks GIVI itu juga, GIVI Malaysia telah mengadakan peraduan "Beli & Menang" yang menawarkan hadiah utama menarik.

Dengan setiap pembelian GIVI B32 Gold Limited Edition, anda berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah Honda ADV160 dan Yamaha Y16ZR dengan liveri edisi terhad.
Untuk menyertai peraduan tersebut, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut:
- Beli top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition di pengedar sah berdekatan
- Imbas kod QR yang disediakan setelah pembelian dan isi maklumat dipaparkan
- Tunggu pengumuman para pemenang secara langsung di laman sosial rasmi Facebook GIVI Malaysia

Tarikh tepat dan masa pengumuman pemenang akan diumumkan kelak, ikuti perkembangan semasa peraduan tersebut di Facebook GIVI Malaysia.