Gentari, Mercedes-Benz Malaysia jalin kerjasama bangunkan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Gentari Sdn Bhd menerusi subsidiarinya Gentari Green Mobility berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Mercedes-Benz Malaysia bagi membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di dalam negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai tambah seperti pelan pengecasan yang disesuaikan untuk meningkatkan lagi pengalaman para pemilik EV Mercedes-Benz.

Menerusi kerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd (EVC), beberapa fasiliti pengecasan akan dipasang di beberapa lokasi strategik di seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan perjalanan jarak jauh, sekaligus memberikan lebih keyakinan kepada pemandu EV.

Menurut Naib CEO Gentari & CEO Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, "sebagai pengendali jaringan pengecasan DC terbesar di dalam negara, Gentari komited untuk terus membina pengecas berkuasa tinggi dan mewujudkan jaringan merentasi negeri di Malaysia. Ini secara langsung akan mendorong peningkatan penggunaan EV, serta memupuk peralihan yang mampan ke arah mobiliti elektrik.
 

EV


Buat masa ini, Gentari Green Mobiliti mengendalikan 79 pengecas DC di sembilan buah negeri, dan sedang mengembangkan jangkauannya di Asia Pasifik.

Amanda Zhang, CEO & Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata, "kami gembira untuk meneruskan kerjasama strategik kami bersama Gentari untuk mengembangkan lagi penggunaan EV di Malaysia.

"Kami berhasrat untuk meneroka dan membangunkan infrastruktur dan penyelesaian pengecasan EV yang canggih, serta perkhidmatan tambah nilai seperti pelan langganan pengecasan yang dikhususkan untuk para pemilik EV Mercedes-Benz.

"Bersama-sama dengan EV Connection, kepakaran Gentari adalah selari dengan visi kami untuk mentakrifkan semula lanskap automotif, bukan sahaja menyediakan EV berprestasi tinggi, tetapi juga menyediakan rangkaian pengecasan yang mudah untuk diakses.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Pengecas DC itu ditempatkan di kawalan letak kereta pelanggan yang menawarkan akses kepada semua…
Berita Domestik
Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang…