Gentari, Proton pasang pengecas DC 100 kW di COE, KESAS

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kereta Proton dengan kerjasama Gentari telah melancarkan pengecas DC 100 kW di Centre of Excellence, lebuhraya KESAS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengecas DC itu ditempatkan di kawalan letak kereta pelanggan yang menawarkan akses kepada semua pengguna EV tanpa mengira jenama.

Menurut Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, “Dengan kemasukan kami ke pasaran kenderaan elektrik (EV) melalui smart Malaysia tidak lama lagi, inilah masanya bagi PROTON untuk mengambil langkah seterusnya ke dalam segmen yang berkembang pesat ini.

"Kami bersyukur kerana mempunyai rakan kongsi yang dinamik seperti Gentari, yang telah memasang pengecas DC pertama di tapak ibu pejabat kami dan berharap lebih banyak kerjasama sedemikian pada masa hadapan, dalam rangkaian pengedar kami."

Sejak pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Gentari dan anak syarikat tenaga baharu PROTON, PRO-NET pada 12 Oktober 2022, kedua-dua syarikat telah meneroka pelbagai penyelesaian untuk memperkukuhkan rangkaian pengecasan di Malaysia.

Ini termasuk kerjasama antara Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Proton Global Services dan rakan kongsi lain untuk membangunkan bukti konsep bagi penyelesaian pengecasan EV mudah alih menggunakan Proton Exora yang menawarkan kuasa pengecasan sehingga 30 kW.
 

proton


PRO-NET juga bekerjasama dengan Gentari untuk memasang pengecas pantas di beberapa pengedar Proton.

Sebagai sebahagian daripada program fasa pertama, lima pengecas DC Gentari tambahan ditetapkan untuk dipasang pada penghujung tahun 2023, dengan sasaran dua puluh pengedar.

Selain itu, empat pengedar smart Malaysia juga telah memasang pengecas DC dari pembekal lain menjelang pelancaran model pertama mereka, iaitu smart #1.

“PROTON komited untuk menghasilkan model EV kami sendiri, satu proses yang dimulakan dengan pelancaran Proton X90 hibrid ringan, kenderaan tenaga baharu (NEV) kami. Ini akan diikuti oleh lebih banyak model yang
menampilkan teknologi hibrid pada tahun-tahun akan datang.

“Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mengembangkan infrastruktur pengecasan nasional dan menyokong pelanggan kami. Selain itu, kami menggunakan aplikasi bersambung seperti aplikasi Hello smart yang dilancarkan baru-baru ini, yang membuka akses kepada 70% peta pengecasan nasional, untuk menawarkan kemudahan kepada pemilik smart,” tambah Roslan Abdullah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…