Genesis GV80 dengan skrin kluster tiga dimensi pertama di dunia dari Continental

oleh Mohamad Hanif|
Genesis GV80 bukan sahaja sebuah model SUV pertama yang dilancarkan oleh divisyen jenama mewah Hyundai, malah ia juga merupakan model pertama yang menampilkan penggunaan teknologi tiga dimensi pada sistem paparan kluster meternya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem paparan tiga dimensi ini dibangunkan oleh Continental selaku syarikat teknologi automotif dan pembekal komponen kenderaan dan boleh didapati pada model varian tertinggi GV80 buat masa ini. 

Menggunakan teknologi yang dikenali sebagai parallax barrier, ia akan memaparkan segala informasi penting dalam bentuk tiga dimensi tanpa memerlukan pemandu menggunakan kaca mata khas. 

Continental juga turut menggunakan kamera dalaman yang mampu mengesan pergerakan penglihatan pemandu dan ia akan menggunakan data tersebut untuk mengubah pandangan tiga dimensi pada kluster meter tersebut. 

Dengan adanya visualisasi tiga dimensi ini, Continental mahu memastikan bahawa pemandu tidak akan dibebankan dengan informasi yang dibekalkan daripada sistem bantuan pemanduan, paparan konvensional, perkhidmatan komunikasi dan sistem infotainmen. 

Malah, kamera itu tadi akan turut bertindak sebagai peranti yang boleh mengesan tahap kepenatan pemandu, atau ketika pemandu terlalu leka terhadap kluster meter yang terlalu moden itu. 

 


Menurut Dr. Frank Rabe, ketua unit Human Machine Interface Continental berkata, "dengan adanya paparan yang menggunakan teknologi tiga dimensi ini, kami mahu menaikkan interaksi manusia-mesin ke satu tahap yang lebih tinggi, dan menyediakan asas untuk komunikasi di dalam kokpit yang terhubung pada masa akan datang.

Selain daripada paparan tiga dimensi ini, Continental juga sedang giat membangunkan sistem paparan instrumentasi tiga dimensi generasi berikutnya di mana ia akan menjimatkan ruang dan berat serta mengurangkan kadar kerumitan dengan menggunakan amaun kecil unit kawalan di dalam kenderaan. 

Ini bermakna, kesemua paparan informasi termasuklah sistem infotainmen akan dimuatkan di dalam satu unit tunggal sahaja, dan membolehkan pemandu menetapkan paparan tersendiri, seperti contoh menarik paparan navigasi dari tempat penumpang kepada skrin di hadapan pemandu. 

Selain daripada itu, syarikat itu juga turut membangunkan sistem paparan tiga dimensi menggunakan teknologi 3D Lightfield daripada Leia untuk kegunaan penumpang hadapan dan juga belakang, membolehkan mereka menikmati kandungan digital dengan lebih menyeronokkan termasuklah membeli belah dalam talian, permainan augmented reality, dan filem 3D.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Korea Selatan, ia dijangka akan mula dijual pada 11 Oktober nanti. Dari segi dimensi…
Berita Global
Pengeluar Korea itu didakwa terus mempromosikan SUV mewah GV80 disebalik permasalahan yang telah…
Berita Global
SUV mewah itu dibawa masuk oleh pengedar rasmi jenama mewah tersebut di UAE, iaitu Juma Al Majid…