Genesis GV80 sertai fleet MPV Polis Dubai

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan polis Dubai sebelum ini popular kerana pemilihan kenderaan yang menarik dan eksotik untuk dijadikan sebagai kereta MPV, dan baru-baru ini mereka telah menambah sebuah lagi kenderaan, iaitu Genesis GV80.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV mewah itu dibawa masuk oleh pengedar rasmi jenama mewah tersebut di UAE, iaitu Juma Al Majid Est dan ia bakal digunakan bagi tujuan rondaan di jalan-jalan bandar.
 


Sama seperti barisan supercar, hypercar serta SUV pantas yang lain, Genesis GV80 dipakaikan dengan liveri ikonik hijau putih namun tanpa kehadiran kelengkapan standard polis seperti lampu kecemasan bumbung, serta lampu limpah.

Sebagai makluman, Genesis GV80 2021 didatangkan dalam dua pilihan enjin, iaitu enjin empat silinder sebaris turbo 2.5 liter yang menghasilkan 300 hp dan 422 Nm, serta enjin V6 turbo berkembar 3.5 liter yang menghasilkan 375 hp dan 530 Nm.

 


Transmisi pula adalah jenis automatik lapan kelajuan, serta pilihan konfigurasi pacuan roda belakang atau pacuan semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Majlis penyerahan unit pertama itu dianjurkan sendiri oleh pengedar rasmi kenderaan berjenama…
Berita Global
Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang…