SUV mewah Genesis GV80 2021 tidak selamat untuk dipandu, dakwa pemilik

oleh Mohamad Hanif|
Satu tindakan undang-undang telah difailkan oleh firma Corwin Law terhadap Hyundai bagi pihak pemilik dan penyewa kenderaan model SUV Genesis GV80 2021.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pengeluar Korea itu didakwa terus mempromosikan SUV mewah GV80 disebalik permasalahan yang telah diajukan kepada syarikat tersebut menerusi media di Korea serta papan mesej di dalam forum pengguna, memetik laporan daripada AP News.

Menurut plaintif Barbara Feinstein yang memandu Genesis GV80 menggunakan perkhidmatan pajakan sejak Februari lalu, beliau mengadu mengalami pelbagai masalah seperti gegaran pada tempat sokongan kepala, pemanduan yang tidak stabil apabila melebihi kelajuan 72 km/j, serta prestasi stereng yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan SUV tersebut 'ditarik' ke kiri jalan.

 


Unit SUV tersebut kemudian telah dihantar ke dua pusat pengedar di Florida dan Maryland untuk diperbaiki, namun masalah yang sama timbul kembali.

"Sepanjang 90 hari di dalam perjanjian pajakan tersebut, saya sudah tidak memandu SUV GV80 itu selama 45 hari, dan masih lagi tiada sebarang penyelesaian berhubung masalah ini," ujar Barbara.

Menurut forum yang disertai oleh para pemilik GV80, terdapat segelintir pemilik yang mengadu mengalami pengalaman negatif di mana sesetengah masalah yang timbul gagal diselesaikan oleh Hyundai di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada.

Awal tahun lalu, Genesis GV80 'menggemparkan' dunia apabila SUV yang dipandu oleh pemain Golf terkenal Tiger Woods terbabit di dalam kemalangan di Los Angeles.

Sumber: AP News

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Korea Selatan, ia dijangka akan mula dijual pada 11 Oktober nanti. Dari segi dimensi…
Berita Global
SUV mewah itu dibawa masuk oleh pengedar rasmi jenama mewah tersebut di UAE, iaitu Juma Al Majid…
Berita Global
Untuk meraikan kemasukan pengeluar automotif mewah ke pasaran tersebut, Genesis memulakan…