Generasi baharu C-Class akan ada varian All-Terrain - lawan Audi A4 Allroad, Volvo V60 Cross Country

oleh Mohamad Hanif|
Segmentasi kenderaan ada kalanya sedikit pelik dan mengelirukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai contoh, wagon sudah lama muncul sebagai sebuah kenderaan yang mampu memuatkan lima orang dewasa dengan selesa, ditambah dengan ruang kargo yang besar di bahagian belakang. 

Namun, apabila wujudnya istilah crossover, wagon mula ditambah dengan elemen SUV - jarak kelegaan yang tinggi, cladding plastik hitam di ruang acra roda dan pacuan semua roda. 

Antara kenderaan yang wujud di dalam segmentasi crossover wagon ini adalah Audi A4 Allroad, Subaru Outback, Volkswagen Golf Alltrack dan Volvo V60 Cross Country. 

Mercedes-Benz pula nampaknya mengintai peluang baharu bagi memperkenalkan sebuah model varian all-terrain baharu di bawah C-Class generasi kelima. 

Menurut laporan daripada Autocar, C-Class All-Terrain hanya akan ditawarkan dalam bentuk estate/wagon, dengan jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi, cladding plastik sekeliling, perlindungan bawah badan, dan bentuk bumper yang unik. 

 

 

Difahamkan C-Class All-Terrain ini akan ditujukan khas untuk berentap dengan  model Audi A4 Allroad.

Tidak banyak perincian didedahkan, namun generasi kelima C-Class akan membuat kemunculan secara rasmi pada tahun hadapan, dengan membawakan lebih banyak teknologi termaju, selain trenkuasa yang lebih menjimatkan bahan api dan kurang pelepasan emisi.

C-Class generasi baharu akan membawakan enjin petrol baharu dan enjin diesel yang dilengkapi sistem mild-hybrid, manakala model berprestasi tinggi C 43 dan C 63 juga akan menerima nadi baharu yang lebih berkuasa. 

Dari segi teknologi pula, C-Class akan didatangkan dengan teknologi autonomi yang dibantu dengan radar, sensor, dan kamera bagi memudahkan kereta ini dipandu dengan sendiri. 

Sementara itu, ciri pemanduan autonomi Tahap Ketiga akan diperkenalkan secara rasmi pada model S-Class pada tahun hadapan, di mana ia akan mengawal pemanduan secara penuh sehingga kelajuan 130 km/j - setelah kajian dan ujian selesai dijalankan. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Telah Diuji
Baik yang elektrik sepenuh masa, atau model sedan yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman…
Berita Global
Untuk tempoh masa terhad, C 63 S E Performance ini boleh didapati dalam versi F1 Edition dengan…