Panda Mini dilihat akan bersaing dengan EV saiz sama yang sedang popular di China iaitu Wuling Mini, Panda Mini telah membuat debut di pusat membeli belah terletak di Hangzhou, China.
Reka bentuk seakan panda itu dapat dilihat melalui rekaan lampu depan LED besar di hadapan, reka bentuk cermin seakan telinga, reka bentuk hab roda dengan tiga kaki serta kemasan plastik hitam pada bampar hadapan dan belakang.
Huruf "Geome" di hadapan merujuk kepada Geometri yang merupakan salah satu sub-jenama Geely, Panda Mini juga merupakan EV pertama dalam segmennya yang menawarkan bumbung panoramic bersaiz besar.
Panda Mini memiliki dimensi 3,065mm panjang, 1,522mm lebar, 1,600mm tinggi dan 2,015mm jarak roda pada.
EV mini tersebut dikuasakan bateri fostat besi litium oleh Guoxuan Hi-Tech dipadankan dengan motor elektrik tunggal menghasilkan 40 HP yang memberikan jarak gerak sehingga 150 km.
Untuk pasaran China, harga Panda Mini bermula dari CNY40,000 (RM25,330) hingga CNY50,000 (RM31,662), harga itu dilihat amat murah jika anda mencari sebuah EV untuk kegunaan bandar.
Sumber: carscoops