Geely mulakan fasa produksi trak pikap elektrik Radar RD6, bakal masuk Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi jenama kenderaan elektrik di bawah naungan Geely, Radar Auto baru-baru ini mengumumkan permulaan fasa produksi bagi model trak pikap elektrik Radar RD6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, mereka turut mengumumkan harga pra-jualan trak pikap Radar RD6 bermula dari 180,000 yuan (RM117,622) dengan yuran tempahan serendah 199 yuan sahaja (RM130).

Produksi Radar RD6 mengambil tempat di kilang serba canggih Shandong Zibo Smart Factory, di mana proses pemasangan dikawal oleh robot pintar yang mampu membezakan dan memasang model yang berbeza secara automatik.
 

RD6


Dari segi spesifikasi, Radar RD6 dikuasakan oleh unit motor elektrik 200 kW (268 hp) yang mampu memecut 0-100 km/j dalam masa enam saat.

Pek bateri ketumpatan tenaga yang tinggi Ni55 itu membolehkan jarak gerak sejauh 600 km dicapai untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan pantas 120 kW yang membolehkan jarak 120 km dicapai dalam tempoh hanya 15 minit sahaja.

Dari segi dimensi, Radar RD6 merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran sepanjang 5,260 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,830 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,120 mm dan sistem suspensi bebas pada keempat-empat sudut.

Biarpun dengan panjang hampir 5.3 meter, Radar RD6 masih lagi mampu menawarkan diameter putaran 12.2 meter.
 

RD6


Ruang kabin pula menempatkan skrin berkembar 12.3 inci yang dibantu dengan skrin paparan head-up berwarna penuh sembilan inci, serta sokongan kata sapaan untuk mengaktifkan fungsi-fungsi tertentu.

Selain itu, terdapat ruang storan sebesar 48 liter pada bahagian belakang tempat duduk, storan 70 liter di bahagian frunk, sementara bahagian bed belakang pula boleh memuatkan sehingga 1,200 liter yang boleh digunakan untuk apa jua kegunaan aktiviti luar.

Bahagian bed itu juga turut menempatkan panel punca kuasa setinggi 6 kW yang cukup untuk menyalurkan kuasa bagi menghidupkan peti sejuk kecil, kipas, peralatan elektronik lain serta turut menyokong pengecasan kenderaan-ke-kenderaan (V2V).
 

RD6


Dalam masa yang sama, Radar RD6 juga turut menyokong sistem pemanduan swapandu Tahap 2+ bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang mahukan pemanduan yang lebih selamat daripada sebuah trak pikap.

Setakat ini, tiada info sama ada model ini bakal menerjah pasaran Malaysia kelak ataupun tidak.

Namun berdasarkan laporan yang pernah Careta siarkan sebelum ini, terdapat kemungkinan besar Proton akan meluaskan penawaran kenderaan tenaga baharu bukan sahaja daripada jenama premium smart, malah EV daripada jenama-jenama Geely yang lain.

Baca: Proton bakal tawar jenama EV Geely selain smart

Baca: Spesifikasi Radar RD6

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…