Spesifikasi Radar RD6 terdedah - platform SEA, jarak gerak 600 km, motor elektrik tunggal 268 hp, RWD

oleh Mohamad Hanif|
Rupa paras trak pikap elektrik Radar RD6 telah pun kita lihat sewaktu pelancaran jenama baharu Radar Auto di bawah naungan Geely pada bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terima kasih kepada laman web CarNewsChina, kita kini dapat mengetahui reka bentuk dalaman, serta tidak ketinggalan spesifikasi yang bakal ditawarkan kepada pengguna yang mahukan sebuah trak pikap gaya hidup.
 

RD6


Dari segi luaran, ia membawakan banyak elemen rekaan daripada model SUV Geely Haoyue, dengan penawaran saiz rim sebesar 17 inci yang nampak kecil itu.

Berdasarkan pengamatan, reka bentuk ruang kabin ini juga banyak membawakan persamaan dengan model SUV Geely Haoyue (Geely Okavango/Proton X90), seperti contoh roda stereng, corong pendingin hawa dan susun atur konsol tengah.
 

RD6


Apa yang berbeza hanyalah rekaan tombol gear dan bahagian atas papan pemuka trak pikap elektrik ini.

Skrin kluster digital adalah sebesar 12.3 inci, diikuti dengan skrin infotainmen juga bersaiz 12.3 inci, serta paparan head-up sebesar sembilan inci.
 

RD6


Radar RD6 dibangun menggunakan platform SEA (Sustainable Experience Architecture), di mana ia boleh dikonfigurasikan dengan tetapan motor elektrik tunggal atau motor elektrik berkembar.

Dalam versi motor elektrik tunggal, ia mampu menghasilkan kuasa 268 hp yang memacu roda belakang, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa enam saat.

Ia mampu mencapai jarak operasi sejauh 600 km terima kasih kepada pek bateri 100 kWh dan sokongan pengecasan pantas 120 kW.
 

RD6


Dari segi dimensi, Radar RD6 merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran sepanjang 5,260 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,830 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,120 mm.

Bahagian bed belakang pula menempatkan panel outlet kuasa 6 kW yang cukup untuk menyalurkan kuasa bagi menghidupkan peti sejuk kecil, kipas, peralatan elektronik lain serta turut menyokong pengecasan kenderaan-ke-kenderaan (V2V).

Selain daripada ruang storan 48 liter yang boleh didapati di bahagian bawah tempat duduk, anda juga boleh memuatkan barangan di bahagian frunk dengan kapasiti sebesar 70 liter.
 

RD6


Perincian penuh spesifikasi serta harga jualan bakal diketahui dengan lebih lanjut menjelang bulan hadapan.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform elektrik SEA daripada Geely Group, dimensi Radar RD6 menyamai dimensi…
Berita Global
Dalam masa yang sama, mereka turut mengumumkan harga pra-jualan trak pikap Radar RD6 bermula dari…