Geely Kandi GLEagle K23 - Apa sudah jadi dengan Geely?

oleh Mohamad Hanif|
Jika diberitahu bahawa ini sebuah kereta Geely, mungkin ramai yang tidak percaya, apatah lagi baru-baru ini Geely memperkenalkan model konsep Icon yang serba cantik di Beijing Auto Show.

Namun begitu, kereta pelik ini memang sebuah kenderaan elektrik Geely dengan nama yang sangat panjang, iaitu Geely Kandi GLEagle K23.

Berdasarkan carian ringkas di internet, kereta elektrik ini sebenarnya merupakan projek kerjasama di antara Geely dan Kandi Technologies Group, sebuah syarikat pembuat dan pengeluar kenderaan elektrik di China yang turut mengeluarkan kenderaan jenis all-terrain (ATV) dan juga go-kart. 

Kerjasama ini bakal menggunakan jenama GLEagle untuk tujuan pemasaran. 


Imej yang diperoleh daripada Xuehua ini menunjukkan rekaan seakan MPV dengan muka kucing dengan senyuman mencuka dan bentuk pintu yang amat pelik. 

Dimensi Geely Kandi GLEagle K23 ini adalah lebih kurang sama dengan Renault Zoe, menggunakan motor elektrik berkuasa 65 hp dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 102 km/j. 

Setakat ini tiada spesifikasi rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. 

Sumber: Xuehua melalui CarScoops

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Rashid Musa dikatakan akan menyertai Kumpulan UMW…
Berita Domestik
Walaupun tarikh pelancaran model sulung Proton/Geely bakal berlangsung, desas-desus mengenai ribut…
Berita Global
Geely memang kini dengan terang-terang menggunakan teknologi dari Volvo untuk produk-produk mampu…