Geely GE11 - sedan EV untuk pasaran global

oleh Mohamad Hanif|
Jika awal tahun lalu, kita sudah pun melihat kelibat sebuah SUV Coupe kelahiran Geely iaitu Geely FY11, kali ini pemegang saham syarikat automotif tempatan menerbitkan sekeping gambar acah berupa sebuah sedan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan EV yang dikenali dengan nama GE11 ini merupakan cubaan Geely untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

Bahasa rekaan GE11 ini diinspirasikan daripada Yi, perkataan China yang membawakan maksud "Satu", di mana ia menghubungkan dan menyatukan rekaan lampu hadapan daripada bahagian sisi terus ke tengah arca hadapan. 

Menurut Geely lagi, garis bumbung sedan EV ini direka bagi menambah baik kadar seretan angin kepada angka 0.2375 Cd sekaligus menyumbang kepada keberkesanan pemanduan yang lebih baik. 

Lebih menarik lagi, Geely turut 'menyembunyikan' pemegang pintu ke dalam badan kereta dan hanya akan muncul apabila kereta mengesan kehadiran pemandu dalam julat jarak tertentu. 

Memfokuskan kepada aspek teknologi, prestasi dan reka bentuk, sedan berkuasa elektrik ini akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…