Platform yang sama akan turut digunakan oleh Geely untuk sebuah model sedan elektrik yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.
Berdasarkan imej acah yang didedahkan, sedan elektrik Geely itu bakal mempunyai bentuk sedan dengan garis bumbung seakan fastback, garis hud yang panjang, serta unit lampu nyalaan siang LED yang tajam.
Disebabkan gambar yang sengaja digelapkan, sukar untuk melihat butiran jelas pada bahagian sisi, melainkan rekaan pemegang pintu yang bercahaya.
Kedudukannya yang agak rapat itu mencadangkan sedan elektrik Geely ini bakal mempunyai bukaan pintu jenis suicide untuk pintu belakang.
Menurut laporan Car News China, sedan elektrik Geely ini bakal mempunyai ukuran sepanjang 4,900 mm, menjadikannya sedikit pendek berbanding model Zeekr 001.
Selain daripada itu, sedan ini akan dijual di bawah jenama Geely sebagai kenderaan elektrik kelas pertengahan, berbanding jenama Geometry yang lebih khusus untuk kenderaan elektrik marhaen dan Zeekr untuk model bertaraf andalan.
Sumber: Car News China