Geely beli Lotus

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dijangka, syarikat automotif dari China, Zhejiang Geely akan mengambil pegangan saham terbesar di dalam syarikat Lotus.

Menurut sumber DRB-Hicom, ini adalah berikutan pembelian sebanyak 49.9 peratus saham Proton oleh Geely.

Geely sebenarnya sudah lama mahukan Lotus kerana ia mahu menggunakan Lotus sebagai jenama yang akan menerima teknologi-teknologi terbaharu dari Volvo.

Walaupun anak syarikat Geely dari Sweden itu mempunyai nama yang kuat, ia tidak setanding dengan nama Lotus di area kereta mewah dan sport.

2016-LotusExigeSport350-1

Geely akan mengambil alih sepenuhnya pegangan saham  Lotus yang telah mencatatkan kerugian sebanyak £27.6 juta atau RM154.1 juta dalam tahun perniagaan yang berakhir pada Mac 2016.

Jualan kenderaan Lotus jatuh sebanyak 242 unit kepada 1,584 unit setahun.

Geely memiliki syarikat automotif mereka sendiri, Volvo, The London Taxi Company dan baru-baru ini mereka melancarkan jenama terbaharu di China – Lynk & Co.

geely-lynk-co-01-2

Lynk & C0. ialah syarikat kolaborasi pertama antara Geely dan Volvo dan ia disasarkan kepada pasaran domestik China tetapi dari segi rekabentuk, ternyata Lynk & Co lebih mudah dieksport.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…