Geely bantu Proton untuk masuk pasaran China

oleh HEZERI SAMSURI|
Geely hari ini bersetuju untuk melanjutkan usahama syarikat kenderaan China itu bersama Proton dalam pelbagai bidang lain bagi memastikan jenama Malaysia itu lebih berdaya saing.

Di dalam majlis perjanjian yang diadakan di Beijing tadi, Geely bersetuju untuk membenarkan Proton menggunakan teknologi kenderaan mesra-alam mereka dan juga penggunaan asas platform kenderaan Geely yang dibangunkan bersama Volvo.
Modenas

Proton akan menggunakan teknologi Geely untuk menjual produk mereka di China dan juga pasaran Asean. Ia juga dapat menyediakan Proton untuk pasaran tempatan yang kini sudah lebih dinamik dari segi teknologi mesra-alam seperti EV dan hybrid.

 

 

Teknologi Geely juga akan membantu Proton untuk kembali bersaing di pasaran Right-Hand-Drive seperti di UK, India dan Australia.

Proton juga dikatakan akan memulakan kajian pasaran di China, dan menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, ia akan membantu Kumpulan Geely dalam pasaran automotif global kerana ia kimi mempunyai Volvo sebagai jenama premium, Geely sebagai jenama pertengahan dan Proton sebagai jenama kemasukan.

 

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang turut berada di sana untuk menyaksikan perjanjian persefahaman tersebut mengaku bahawa walaupun Geely tidak wujud lagi semasa kelahiran Proton, syarikat China itu kini jauh ke hadapan dari segi kualiti dan teknologi.

Malah menurut Tun Mahathir, kualiti Geely Boyue yang dipandu-uji beliau di Malaysia adalah sama baiknya dengan antara SUV kegemaran beliau, Volkswagen Tiguan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Penutup hab itu hanya dipasang bila ada pertunjukan kerana ia sangat sukar untuk didapati. Proton…
Berita Global
Menurut Geely, Zero Concept ini dibangunkan atas pelantar baharu Sustainable Experience…
Berita Domestik
Dari segi luaran, ia tidak membawakan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan model penderma…