Ganggu konvoi VVIP, lelaki ini didenda RM5,000

oleh Mohamad Hanif|
Gara-gara menghalang tugas polis dengan mengganggu perjalanan VVIP Khamis lalu, seorang ejen insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Leong yang memandu Toyota Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi VVIP dengan memperlahankan kenderaannya beberapa kali di hadapan konvoi tersebut di KM351 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Batang Padang di sini kira-kira 5.20 petang, 25 Okt lepas.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Leong menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili Amani Williams Hunt Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - FRONTDESK BERNAMA

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…