Gambar model uji Ferrari Purosangue terdedah - Ferrari mulakan fasa pembangunan SUV pertama mereka

oleh Mohamad Hanif|
Bulan yang lalu, Ferrari telah mengumumkan pembangunan bagi crossover SUV pertama keluaran mereka yang digelar Purosangue yang akan memakai konfigurasi enjin hadapan tengah (front mid-engine) serta sistem pacuan semua roda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan beberapa hari yang lepas, kami ada pernah menyiarkan imej janaan komputer yang menggambarkan bagaimana SUV Purosangue bakal mengambil rupa berdasarkan bahasa rekaan Ferrari semasa. 
 


Disebalik teka-teki spesifikasi akhir SUV tersebut, terdapat laporan video dan gambar intipan daripada SupercarNews di YouTube yang menandakan Ferrari sudah pun memulakan fasa pengujian crossover tersebut menggunakan sebuah GTC4Lusso yang mempunyai konfigurasi enjin dan sistem pacuan yang serupa. 
 


Daripada gambar intipan yang tersebar, anda boleh melihat sendiri gambar model ujian 'crossover GTC4Lusso' tersebut yang mempunyai tetapan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding sebuah GTC4Lusso biasa kita lihat di atas jalan. 

Dengan masa empat tahun daripada sekarang sebelum membuat kemunculan rasmi, sama-sama kita nantikan hasil akhir SUV Purosangue ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…