Gambar intip: Honda City 2020 diuji di Thailand

oleh Mohamad Hanif|

Sedar ataupun tidak, sedan segmen B Honda City kini semakin hampir ke penghujung hayat generasi keenam, dan bila-bila masa sahaja mereka akan menggantikannya dengan model baharu. 

Di Thailand, kelibat sedan tersebut dilihat sedang diuji dengan pemakaian pelekat samaran yang masih tebal bagi mengaburi pandangan mata umum. 

Namun, jika dibandingkan dengan Honda City GM6, generasi ketujuh City ini dilihat lebih panjang dan lebar, dengan rekaan front fascia mungkin diberikan elemen bahasa rekaan Honda yang baharu.
 


Manakala lampu belakang juga tampak lebih tipis berbanding model sedia ada.  

Seperti biasa, tiada sebarang info atau maklumat lanjut yang boleh diperoleh pada ketika ini, namun menurut laporan awal, Honda City 2020 juga akan ditawarkan dalam trenkuasa mild-hybrid dan hibrid penuh untuk pasaran global.

Enjin 1.5 liter VTEC petrol masih lagi ditawarkan dengan kuasa 119 PS dan daya kilas 145 Nm dipadankan dengan transmisi manual atau CVT. 
 


Manakala untuk sesetengah pasaran, enjin diesel 1.5 liter DTEC pula menghasilkan 100 PS dan 200 Nm dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Dengan dimensi yang bertambah, anda boleh jangkakan ruang dalaman City baharu juga lebih luas untuk keselesaan penumpang. 

Menurut desas-desus daripada media luar, Honda City dijangka akan dilancarkan setelah kembarnya Honda Jazz membuat kemunculan rasmi di Tokyo Motorshow pada bulan 10 nanti. 
 

gambaran Honda City 2020 dari RushLane

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…