Galeri: Lagi gambaran artis untuk model Nissan 400Z

oleh Mohamad Hanif|
Ternyata, setelah sekian lama tanpa sebarang berita, khabar berkenaan pengganti Nissan 370Z berjaya menarik perhatian umum, apatah lagi apabila ia dikhabarkan bakal menampilkan elemen klasik daripada model-model Nissan Z yang terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini turut diperkuatkan dengan pendaftaran tanda dagang 'Z' yang telah dibuat oleh Nissan sebelum ini dengan penampilan logo retro yang mengingatkan kita kepada logo Z yang terdahulu.

 


Salah seorang pereka yang berasal dari California, Leyang Bai turut mencurahkan idea bagi menggambarkan model pengganti Nissan 370Z itu di dalam laman web Behance.

Digelar sebagai projek 480Z, Leyang Bai mengambil masa kira-kira 294 jam serta empat fasa yang berbeza bagi melengkapkan rendering model Nissan 400Z (nama tidak rasmi).

 


Beliau juga turut mengambil kira elemen retro daripada model 240Z dan berjaya mengasimilasikannya ke dalam reka bentuk moden Nissan 400Z.

Nissan 400Z difahamkan akan didatangkan dengan nadi yang diperoleh daripada Infiniti Q60, menghasilkan 400 kuasa kuda dan 475 Nm daya kilas, serta padanan sistem transmisi manual atau automatik.

Baca: Empat Perkara berkenaan Nissan 400Z yang perlu anda tahu

 


Sumber: Behance

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…