GALERI: BMW iX xDrive40 di NEXTGen Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Melengkapi trio model elektrik yang dipamerkan pada acara NEXTGen Malaysia adalah BMW iX, SUV elektrik pertama yang diumumkan oleh BMW Group Malaysia pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pengumuman asal, BMW bakal membawakan tiga varian iX, iaitu BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, serta BMW iX xDrive50 Sport.

Ciri utama yang dibawakan pada model iX adalah jarak operasi yang impresif sehingga 630 km (data WLTP), lampu LED, Driving Assistant dan Parking Assistant, serta BMW IconicSounds Electric yang dihasilkan oleh komposer terkenal Hans Zimmer.
 

iX


BMW iX xDrive40 didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik berkembar dan sistem pacuan semua roda, di mana kuasa 326 PS dan 630 Nm itu membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 200 km/j.

Pek bateri lithium-ion berkapasiti 76.6 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 453 km, dan menyokong pengecasan AC 11 kW (tujuh jam 15 minit) serta pengecasan pantas DC 150 kW (masa pengecasan 31 minit dari 10-80 peratus SoC).
 

iX


Sama seperti iX3, BMW iX juga turut mencatatkan penurunan harga jualan untuk tahun 2022, terima kasih kepada pengecualian duti eksais dan duti import terhadap EV untuk tahun ini.

Berdasarkan harga jualan semasa, BMW iX xDrive40 kini bermula dari RM361,460, dan RM407,430 untuk versi iX xDrive40 Sport, masing-masing dengan penurunan harga sebanyak RM58,200 dan RM65,200 berbanding harga pelancaran pada tahun lalu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
M Sport Package tersebut merangkumi kelengkapan seperti M Aerodynamics, M Roof rails dalam warna…
Berita Domestik
Kehadiran model sedan ini dilihat mampu memperkukuhkan lagi portfolio kenderaan elektrik BMW i di…
Berita Domestik
Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, selari dengan matlamat…