BMW i4 eDrive40 buat kemunculan pertama di NEXTGen Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara NEXTGen yang berlangsung pada ketika ini, BMW Group Malaysia buat pertama kalinya memperlihatkan model sedan berkuasa elektrik BMW i4 eDrive40.

Kehadiran model sedan ini dilihat mampu memperkukuhkan lagi portfolio kenderaan elektrik BMW i di pasaran tempatan setelah membawakan BMW iX dan iX3 tahun lalu.

Untuk pasaran Malaysia, BMW i4 didatangkan dalam spesifikasi eDrive40, di mana ia menggunakan motor elektrik pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 340 hp dan daya kilas 430 Nm.
 

i4


Pecutan 0-100 km/j sekitar 5.7 saat dengan kelajuan tertinggi 190 km/j, sementara pek bateri berkapasiti 83.9 kWh pula membenarkan jarak pemanduan sehingga 590 km untuk sekali cas penuh.

Untuk pengecasan, BMW i4 eDrive40 boleh menggunakan outlet AC 11 kW selama 8.5 jam dari 0-100 peratus kapasiti bateri, sementara pengecasan pantas DC 200 kW pula membolehkan pengecasan 10-80 peratus dalam tempoh 31 minit sahaja.
 

i4


Ruang kabin pula menempatkan kelengkapan seperti skrin paparan digital 12.3 inci, skrin infotainmen 14.9 inci dengan sistem operasi BMW Operating System 8, paparan head-up secara standard, sistem kawalan iklim tiga zon, serta sistem bunyi Harman Kardon dengan 16 pembesar suara dan amplifier digital tujuh saluran.

Kelengkapan keselamatan termaju pula merangkumi ciri seperti Amaran Penukaran Laluan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Pelanggaran, Kawalan Jelajah Aktif dengan fungsi Berhenti & Mula, Bantuan Penukaran Lorong, Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Lawan Arus, serta Bantuan Parkir.

Harga jualan pula masih lagi belum didedahkan buat masa ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
BMW Motorrad misalnya, berjaya merekodkan angka jualan sebanyak 194,261 unit sepanjang tempoh 2021…
Berita Global
Namun, menurut laporan terkini daripada Auto Motor und Sport, BMW tidak merancang untuk mengambil…
Kereta
    Walaupun telah setahun ia menyusuri jalan raya di Malaysia, tetapi bagi Careta, ini adalah…