BMW Group Malaysia anjur NEXTGen Malaysia 14 Januari ini

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia akan menganjurkan sebuah acara NEXTGen yang bakal menghimpunkan pelbagai organisasi, usahawan dan individu berpengaruh yang berkongsi sentimen yang sama untuk menemukan solusi lestari di dalam mobiliti elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, selari dengan matlamat elektrifikasi nasional, NEXTGen Malaysia bertujuan untuk memberikan akses informasi yang bukan sahaja menyentuh soal mobiliti elektrik, akan tetapi pelbagai inovasi dalam bidang kelestarian yang mampu memperkasakan generasi Malaysia berikutnya.

Acara ini akan dibuka kepada umum dan menampilkan slot ucaptama, perbincangan panel, serta pameran melibatkan pelbagai topik kelestarian seperti tenaga bersih, mobiliti elektrik, pengurusan bahan, impak sosial dan banyak lagi.

NEXTGen Malaysia akan dianjurkan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, KLCC bermula hari Jumaat (14 Januari), jam 2 hingga 4 petang, serta hari Sabtu (15 Januari) bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…