Gaji dan elaun Pengerusi Eksekutif MAVCOM cecah RM85k sebulan

oleh Mohamad Hanif|
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaun yang diperolehi oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang kini mencecah sekitar RM85,000 sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam berkata jumlah tersebut adalah merupakan hasil dari kenaikan tiga peratus pada tahun lalu dan pertambahan lima peratus pada tahun ini di mana gaji permulaan dan elaun pada 2016 adalah RM78,300 sejak dari penubuhan Mavcom dua tahun lalu.
 


Tanpa berselindung Anthony menerangkan bahawa bayaran gaji dan elaun kepada pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdullah Ahmad adalah jauh lebih tinggi dari gaji pokok Perdana Menteri kira-kira RM25,000 sebulan.

Kenyataan Anthony dibuat berikutan kisah tular di Facebook bertajuk "Move Against Mavcom" (Langkah Bangkang Mavcom) di mana ia mempersoalkan peruntukan tahunan bagi perbelanjaan operasi sebanyak RM25 juta untuk organisasi dengan kekuatan 59 pekerja di bawah Suruhanjaya itu.

“I will do something on Mavcom (Saya akan lakukan sesuatu mengenai Mavcom),” jawab ringkas Anthony kepada Careta.my pada Hari Wesak.

 


Loke juga semalam berkata gaji dan elaun pengerusi badan berkanun kerajaan yang lain dan syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan (GLC) akan dikaji semula oleh Ketua Setiausaha Negara.

Apabila ditanya jika Mavcom akan juga diserapkan di bawah Kementerian Pengangkutan sepertimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, dia berkata tiada rancangan untuk memansuhkan Mavcom buat sementara waktu di kala kajian semula dijalankan.

Anthony turut menjelaskan Mavcom telah diberi suntikan dana permulaan sebanyak RM90 juta pada 2016 dan tiada geran tambahan diberikan selepas itu oleh kerajaan.

"Mavcom sebenarnya dibiayai oleh penumpang, bukan kerajaan.  Anggaran kutipan untuk Mavcom adalah sekitar RM1 dari setiap penumpang penerbangan atau anggaran pendapatan RM35 juta setahun. Kos operasi Mavcom adalah RM25 juta setahun," kata Loke.
 


Lima hari yang lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Pemandu untuk Mavcom, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan rasmi telah menyatakan salah satu daripada sebab Mavcom ditubuhkan adalah kerana keperluan terhadap landskap penerbangan awam yang telah berkembang dengan pantas.

Katanya, penubuhan badan pengawal selia itu antara lain adalah untuk melindungi hak penumpang udara dan pengguna.

“Mereka yang menerima manfaat daripada penubuhan Mavcom adalah mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara. Di sini, saya tidak dapat menekankan secara lebih lagi mengenai keperluan Mavcom." 
 

"Namun, para pengguna kini telah berhadapan dengan pelbagai situasi di mana hak mereka telah dilanggari. Kita perlukan entiti bebas untuk mengambil berat mengenainya."

“Sebagai pengawal selia bebas, Mavcom telah diberi kepercayaan dan bertanggungjawab menyediakan mekanisme untuk melindungi pengguna dalam industri penerbangan awam di Malaysia,” kata Tan Sri Abdul Gani.

Penulis: Shahrim Tamrin
Sumber gambar daripada NST. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kenyataan pada Selasa, Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun, 2024 tidak…
Berita Domestik
Penggantungan itu dibuat menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771…
Informasi
"MYAirline juga telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan serta-…