MAVCOM gantung lesen perkhidmatan udara MYAirline

oleh Mohamad Hanif|
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam satu kenyataan mengumumkan pihaknya telah menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta, menurut laporan Bernama.

Penggantungan itu dibuat menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] bagi menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas.

Difahamkan, MAVCOM sebelum ini telah mengeluarkan surat tunjuk sebab yang menekankan kegagalan MYAirline mematuhi syarat-syarat ASL pada 13 Oktober 2023.

Penjelasan bertulis MYAirline telah diterima pada 27 Oktober 2023, dan pihak MAVCOM memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline kerana penjelasan bertulis yang tidak memuaskan.

Suruhanjaya itu turut menambah, MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas, walaupun ASL telah digantung.

Menurut laporan Bernama lagi, lebih daripada 117,000 penumpang terjejas disebabkan oleh penggantungan operasi MYAirline, dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Berita penuh: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau, tawaran istimewa itu terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan…
Berita Domestik
Menurutnya, dari segi nilai jualan pula, Anthony memaklumkan jumlahnya melebihi RM20 juta. “…
Informasi
"MYAirline juga telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan serta-…