G-Shock Frogman kini dengan gaya analog!

oleh HEZERI SAMSURI|
Model popular untuk jam tangan G-Shock, Frogman sudah tampil dalam bentuk analog.

Sebelum ini, jam khusus untuk penyelam itu cuma didatangkan dalam bentuk digital, sesuai dengan pelbagai fungsi "diving computer" yang sangat berguna untuk mereka yang aktif menyelam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun analog, model Frogman GWF-A1000 itu masih lagi sebuah jam tangan dengan kemampuan menyelam sedalam 200 meter (dengan ujian kualiti ISO) dan kerangkanya masih menggunakan monocoque jenis resin yang diperkukuhkan dengan gentian karbon. Menurut Casio, kerangka ini sekuat logam, tetapi jauh lebih ringan.

 

 

Susunan muka jam analog itu menampilkan zon waktu kedua di sebelah kiri, tarikh dan pilihan mod di sebelah kanan.

Dua mod istimewa yang akan disukai oleh penyelam ialah mod Diving yang mengira berapa lama pemakainya menyelam dan berapa kali ia naik ke permukaan air.

Ia juga mempunyai mod Tide untuk menunjukkan waktu air pasang surut di beberapa tempat menyelam terkenal di seluruh dunia.

Selain dari itu, ia mempunyai fungsi Bluetooth, teknologi penepatan masa melalui radio dengan sistem Multi Band 6 serta pengecaj Tough Solar.

Tiada pengumuman harga rasmi lagi dan ia dijangka akan tiba di pasaran pada bulan Julai nanti.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer…
Gaya Hidup
Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The…
Gaya Hidup
Jam tangan G-SHOCK x BAPE 30th Anniversary Special Model (GM-6900BAPE-1) ini menggunakan asas GM-…